Wednesday, January 1, 2014


"Selamat Tahun Baru Masihi 2014"

"Tahun Baru, Matlamat Baru, Hidup Baru"
(Tapi Allah meminta kita supaya merancang untuk hari esok (akhirat) menurut firmanNya)..
bermakna, hari2 menjadi lebih baik..

Tahun 2013 ditinggalkan
Hari ini, 1 Januari 2014, bersamaan 29 Safar 1435H, Hari Rabu, bermulalah tahun baru masihi dan tanpa disedari 2013 baru sahaja menjadi sejarah sedetik yang lalu tak mungkin dapat diulangi atau dikembalikan.  2013, ya 2013, setahun perjalanan yang sarat dengan cabaran, dugaan, kedukaan, kesedihan, sesekali diselangi kegembiraan dan kebahagiaan...kesedihanlah yang amat meresap dalam jiwa dan menjadi pedoman dalam hidup ni...sedangkan kegembiraan menjadi penyeri hidup dan berwarna-warni..

Musafir Selatan Semenanjung (Singapura, Johor Bahru, Pasir Gudang) (April 2013)
Aku mulakan dengan pertengahan 2013 dimana aku adalah pelajar semester empat (4) ijazah sarjana muda pada awal bulan mac, 2013..Musafir jalanan aku bermula dengan dengan lawatan ke Singapura, JB dan Pasir Gudang pada cuti pertengahan semester ..pengalaman yang aku simpan dalam kotak memori aku sehingga kini, menghantar pensyarah pengiring yang mengandung ke hospital kerana 'dehydrated', ianya berpunca daripada berjalan tanpa henti ketika di Singapura, baby sedut air dalam badan ibu dia;).  Malam itu aku bersama 3 orang rakan menghantar beliau dan pulang ke tempat penginapan..beliau di tahan di dalam wad untuk dimasukkan air sehingga esok menanti suaminya datang membawa pulang..alhamdullillah..selamat...nasib baik tak kritikal...Sepanjang lawatan akademik ini berlangsung, pelbagai cabaran dan dugaan menerjah insan lemah ini...rahmat ALLAH tetap ada dimana2 sahaja...alhamdullillah.lawatan berjaya ditamatkan dengan jayanya..dan alhamdullillah, pensyarah tersebut telah pun berjaya melahirkan anak ketiga sebelum ramadhan yang lalu..kembali kepada tajuk Singapura, aku nak kaitkan dengan persoalan fiqh, yang mana kumpulan kelas aku menaiki kapal terbang ketika masuknya waktu subuh dan bagaimana nak menunaikan solat???..dengan persoalan inilah, aku mencari penjelasan daripada ustaz2, yang mana, kita dibolehkan bersolat dalam kapal terbang, semestinya dah berwudhuk, arah kiblat hanya perlu lintasan dalam hati..dan solatlah seperti biasa... 


UPSI Tg.Malim, Kampus Baru (Mei 2013)
Perjalanan aku diteruskan lagi pada bulan Mei..aku harungi semester dengan mewakili kampus ke pertandingan pencak silat peringkat IPT di UPSI..aku suka memerhati setiap apa yang aku lalui..di kampus UPSI Tg.Malim ni, aku melihat suasana yang berbeza dengan pusat pengajian aku sekarang..terutamanya kedai koorperasi, buku dan alat tulis, di dalamnya semua buku2 agama dan suasana di masjidnya juga berbeza walau aku berada disitu untuk seketika..ya..suasana wujud daripada tindakan manusia mengikut kawasan..baik tindakannya, baiklah suasananya dan juga sebaliknya..;)

Semester berlangsung (Jun 2013)
Hampir2 hujung semester, bulan Jun, aku mendapat panggilan temuduga SPA, jawatan dalam kerajaan..pelbagai soalan diajukan oleh panel, ada yang aku tak terjawab disebabkan aku lupa, ya ALLAH, sedangkan baru sahaja belajar bab2 kabinet,parlimen dan sebagainya...tapi, aku tak mengaku kalah untuk soalan tu sahaja, para panel meneruskan dengan soalan berkaitan 'RASUAH', dengan pantas dan beraninya aku menjawab, aku tak percaya berita yang disampaikan media, mungkin ianya berunsur benar atau sebaliknya, dan aku sempat menyatakan, jika ada antara pekerja yang mengambil rasuah, lebih baik hentikan..berubah air muka para panel..bukan niat aku menuduh, tapi, perkara yang hak jangan dipermainkan..;)..dan sementara tunggu keputusan temuduga, aku jalani kehidupan seperti biasa, menduduki peperiksaan akhir..ketika tu, jerebu melanda, infeksi kuman membuatkan aku demam semasa minggu peperiksaan..ya ALLAH..sangat teruji kudrat hamba ini..barulah aku terkenangkan sihat sebelum sakit..persediaan peperiksaan semasa sihat tu penting..alhamdullillah..keputusannya seperti yang dijangka untuk matapelajaran tersebut..masih lulus...terima kasih ALLAH..terima kasih pensyarah..

Cuti semester berganti dengan 'Intersesi' (Short Semester) (Julai 2013)
Dalam keseronokkan rakan2 lain pulang kerumah berpuasa bersama ahli keluarga, aku dan beberapa rakan yang lain menjalani semester pendek untuk 1 atau 2 subjek..semester pendek atau lebih dikenali intersesi ni lah aku dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru dari pelbagai kampus seluruh Malaysia termasuklah kampus aku sendiri,dan alhamdullillah,perkembangan sebuah perkenalan 'baru' semakin utuh =) dan aku juga kenal rapat dengan seorang junior dari kampus Jengka,Pahang..hampir hujung2 intersesi sebelum cuti raya aidilfitri, junior ni mengalami kemalangan jalanraya, dek kerana laluan yang gelap menuju ke rumah sewa awek dia, kereta terbabas ke bahu jalan, dia sedar, awek dia separa sedar dan dibawa ke hospital..tiada kesan kronik dilaporkan doktor..alhamdullillah..sempat juga aku berbual tentang rentetan perkenalan dia sampailah berlaku kemalangan tu..agak lucu..tapi, nasihat aku ketika tu, lain kali jangan bawa anak orang tanpa pengetahuan keluarga..minta kebenaran dulu..benda dah jadi..tak boleh buat apa dah..bersyukurlah ibubapa kedua2 pihak dapat menerima perhubungan tu..tapi dengan situasi yang 'menarik'..hee...tergolek,terkantoi...;)
Sebelum peperiksaan akhir intersesi bermula, aku menyertai program tautan kasih di sekolah bukit cerakah berhampiran kampus, motivasi merupakan dunia yang aku cintai, dengan memotivasikan insan lain, diri aku termotivasi..ya, perkongsian ilmu bersama adik2 darjah 4,5,6..mereka berpotensi untuk sukses,tapi kurang pendedahan dan dorongan..alhamdullillah..selepas keputusan UPSR diumumkan, aku mendapat maklum balas, ramai juga yang dapat A walaupun bukan 5A..okla untuk sekolah kampung yang prestasinya berada diparas cukup2 makan bak kata guru besar sekolah itu sendiri..hee..;)..tahniah adik2~

Cuti Aidilfitri yang berbaki (Ogos 2013)
Bermulanya cuti untuk beraya aidilfitri, aku dikejutkan dengan khabar pemergian sahabat yang bersama2 bergurau,bernakal,bermain,belajar semasa di sekolah..dia dijemput ALLAH dalam bulan Ramadhan..husnul khatimah hendakNya..ya..dia diberi ruang untuk bertaubat kerana telah dikenalpasti jangka hayatnya oleh doktor yang merawat..pemergiannya malam jumaat,bulan Ramadhan...ya ALLAH..aku yang masih hidup ni belum pasti bagaimana pengakhirannya..:'(
Sebelum menaiki semester baru, aku mengalami kemalangan kecil bersama sahabat aku di highway kerana motor langgar lubang...aku tercampak, terseret, dan terus bangun ke bahu jalan, sejurus selepas tu sebuah trailer dengan lajunya melintas, sementara tu dia pula terseret dengan motor ke bahu jalan..kiranya aku jatuh dulu baru kawan aku..alhamdullillah..tiada kemalangan jiwa..dalam kegelapan subuh hari yang sama,pagi jumaat tu juga, terdapat seorang mangsa lubang jalanraya baru sahaja pulang dari kerja dah terjatuh dulu, kedua2 lutut berlumuran darah dan dia terus ke hospital berhampiran dengan motor yang separa rosak..aku terus pulang ke rumah sahabat aku kerana tak nak menimbulkan kerisauan ibubapa, tapi, petang harinya, luka yang terzahir, mama aku pun memulakan hujah2 yang memang sepatutnya aku dengari, pada malamnya pergilah ke hospital yang sama, dan mendapatkan rawatan mencuci luka, doktor juga menyampaikan hujah2 yang meresap,haha,'kenapa awak tak datang esok je?'..apa yang aku nak kongsikan ialah niat aku semasa diatas motor yang mana aku dah ngantuk dan terlintas untuk tak nak bersolat berjemaah kerana Imam akan membaca surah as-sajadah dan al-insaan pada pagi Jumaat..tup..tup..ALLAH bagi peringatan atas kekhilafan aku..terus solat subuh dalam keadaan sakit2...astaghfirullah~..

Permulaan Semester (September 2013)
Bermulanya semester ni, tanggungjawab menjadi lebih besar, yang mana telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan yang sedikit berat..dalam masa yang sama, aku perlu utamakan pelajaran...demi melaksanakan amanah yang telah diberikan, aku menolak untuk mewakili kampus dalam silat untuk kali ini....perjalanan bermula.....

FBM Leadership Camp Jasin, Melaka (Oktober 2013)
Dalam kem ni, himpunan para2 majlis tertinggi persatuan2 dalaman fakulti aku, ya, mereka pemimpin...yang dipilih dan terpilih...ni merupakan satu lagi dunia aku, iaitu dunia kepimpinan..sepanjang program, aku melihat penghayatan agama setiap peserta, ada yang cukup ilmu didada,ada yang mengamalkannya,ada juga yang melalaikannya..na'uzubillah..semasa di kawasan kem, terdapat 1 lagi kumpulan yang hadir untuk beraktiviti, mereka ialah pelajar tingkatan 4 sekolah maahad..jauh sekali perbezaan antara mereka dengan kami para pelajar universiti..ilmu agama mereka lebih luas dibandingkan dengan kami..paling aku terkesan ialah pemakaian wanita..agaknya, apakah pandangan mereka tentang alam universiti??..aku tak memburukkan mahasiswa yang terlibat,tapi,aku berharap mereka mengambil ibrah / pengajaran daripada apa yang mereka lihat kepada adik2 ni..aku rindukan zaman itu,zaman kaum wanita berpakaian sopan..tapi,zaman tu dah berlalu, pemakaian tu dah berlalu daripada segelintir kawan2 wanita apabila tamat persekolahan..semoga istiqamah dijalanNya sahabat2ku.amiin..
Kembali kepada beberapa minggu sebelum kem berlangsung,aku dikejutkan sekali lagi tentang pemergian sahabat yang baru sahaja aku mengenalinya semasa menjaga orientasi pelajar asasi, aku sempat menunggang dan membonceng motosikal bersama dia..dia kawan yang sangat mesra sepanjang perkenalan..perkhabarannya, dia 'pergi' ketika sedang tidur..ya ALLAH..dipermudahkan,diringankan sakaratulmaut itu wahai sahabatku..alhamdullillah..semoga kau bertemu kedua ibubapa yang sedang menanti kehadiranmu.."Allahummakhtim 'alaina bilhusnil khatimah, wala takhtim 'alaina bisu'il khatimah..ya ALLAH, matikanlah aku dalam keadaan baik, janganlah KAU matikan aku dalam keadaan buruk"

Musafir Utara Malaysia (Perak,Kedah,Perlis,Langkawi) (November 2013)
Alhamdullillah...aku diberi peluang untuk menginjak kaki ke negeri2 utara untuk sekali lagi dan beberapa kawasan yang belum pernah aku jejak..perkongsian disini,tentang kesilapan pemahaman firman ALLAH..sepanjang lawatan akademik ni, ada seorang kawan baru,pelajar dari pakistan yang belajar di Malaysia, dia beragama islam..tetapi..apa yang berlaku, di Langkawi, daerah bebas cukai, dibelinya se'tin' beer dan diminum..apa lagi..muntah2lah..dah tahu diri tu Muslim..pergi bedal jugak air kencing syaitan ni..apa yang dia cakapkan pada kawan2 aku ni, "Allah berfirman dalam al-Quran,haram minum arak, tak cakap haram minum beer"..masyaALLAH...logik akal manusia..spesis air memabukkan ni,terang2lah ALLAH dah haramkan,sedangkan kaedah istinbad hukum air tapai pun dikatakan haram kerana memabukkan..minta dijauhkan..paling parah lagi, solat jumaat dia ikut sekali, lagi sekali dia jawab, ALLAH Maha Besar, Dia akan terima amalan hambaNya..betul i'tikad tu, tentang pengampunan ALLAH, tapi kalau terang2 hadith dah menghuraikan mengalirnya air ni dalam badan, amalan tak diterima untuk  1 tempoh melainkan dengan bertaubat..semoga amalan aku,dia,mereka dan semua diterima olehNya..inshaALLAH..amiin..

Hotel Istana Kuala Lumpur (Disember 2013)
Hotel ni merupakan destinasi kedua terakhir yang aku pergi sebelum ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Bukit Aman dalam mengikuti lawatan akademik dan konferens..perkongsian aku disini,masih lagi berdasarkan apa yang aku melihat dan menilai..Hotel bertaraf 5 bintang, makanan sedap2 belaka..sejujurnya,aku yang dah berniat puasa sunat, terpaksa berbuka untuk menghabiskan juadah yang ada (walaupun tak mampu makan semua):D..tapi, dukacitanya, para tetamu makan dalam keadaan berdiri, konsepnya mengikut barat sepenuhnya..boleh dibayangkan,makan dengan 'dinner plate' yang besar di tangan sambil berdiri dan berbual2..tujuannya untuk mempercepatkan para tetamu makan dan masuk semula ke dalam dewan..bagi yang Muslim, harus ingat, sunnah berdiri hanya ketika minum air zam-zam sahaja, itupun semasa bersebelahan telaga zam-zam....hmmm....bukan nak tunjuk pandai atau perasan bagus..tapi, perkongsian ilmu yang sedikit, mungkin bermanfaat pada semua..

Rumah Anak-Anak Yatim Rawang (7 Disember 2013)
Rumah ni merupakan rumah baru mereka setelah berpindah dari tempat lama, anak2 atau aku lebih selesa panggil adik2 ni dijaga oleh seorang ustaz dan ahli keluarga..mereka ni bukan sahaja golongan anak yatim, tapi ada juga yang dalam kalangan miskin dan fakir..tu la sebabnya ibubapa mereka menghantar ke sini untuk dijaga..dan ada pula yang adik beradik ramai dan setiap satu dihantar ke rumah2 kebajikan yang berbeza2..bersyukurlah kita yang berusia ni tidak dibuang keluarga sendiri..mereka sangat mudah mesra, bahasa inggerisnya 'friendly'.;)..tapi sekali bagitahu nama aku, terus hafal dan lancar sebutannya..terang betul hati adik2 ni..=)..bila ditanyakan siapa yang dah meninggal, adik tu akan terdiam tanpa menjawab..serba salah dibuatnya..aku kongsikan satu perbualan yang meresap dalam diri aku, "Abang, nak jam abang tu" aku jawablah, "adik, kalau nak bagi hadiah kat orang,kena bagi yang baru dan paling kite sayang"..tiba2 adik ni tukar topik terus, "Abang tinggal kat mana?..bandar eh?..rumah abang mesti besar kan??..mesti orang kaya kan, orang kaya ni berlagak, kedekut"..tiba2 aku rasa pedih hulu hati..ngilu sangat2..adik berusia 8tahun dah boleh menilai sifat bakhil seseorang..masyaALLAH...aku menjawab semula, "abang pun orang miskin jugak, rumah flat je, duit pun tak banyak", dia berbalas soalan, "oh, rumah flat, rumah abang banyak tingkat?"..aku jawab lagi,"tapi abang 1 tingkat je, tingkat 3, lain2 tu rumah orang lain..doakan abang berjaya dan kaya dan tak lupa untuk datang sini dan tolong apa yang mampu, yang penting doa jangan abang lupa diri bila kaya tu dik"..adik ni jawab, "ok bang, janji, jam baru untuk saya".."abang tak janji, tapi adik berdoalah ye".....................................
Sedarkah kita, harta yang banyak ni termasuklah harta orang miskin dan anak2 yatim..pernahkah kita terfikir tentang mereka?..kalau solat pun kita tinggalkan (Allah dilupakan), manalah nak ingat makhluk2nya yang lain..sebelum pulang menaiki bas kampus, pesanan ustaz kepada aku, jangan malu untuk datang sini dan bantu apa yang mampu..inshaALLAH ustaz...saya usahakan...amiin..

Taman Rekreasi Kuala Langat dan Putrajaya (14 & 21 Disember 2013)
Sekadar tambahan destinasi yang aku telah pergi untuk penutup 2013 ni..penilaian persekitaran tentang agama tetap berjalan dimana sahaja aku pergi..disini..aku tak mampu berhujah panjang kerana ianya sangat menyedihkan..bila agama langsung diringan2kan..semoga sahabat2,kenalan2 peroleh taufik hidayahNya untuk kembali sedar akan perlakuan yang dibuat..amiin..

Maahad Tahfiz (25.12.2013)
Penghantaran adik aku yang no 4 ke maahad ni untuk memberi laluan kepada dia menghafaz kalamullah 30 juzuk..mudah2an juga menjadi penyelamat kepada ahli keluarga yang lain daripada azab nerakaNya..dia dicutikan pengajian sekolah menengah sementara menghabiskan tempoh hafazan..semoga dia tabah dalam menimba ilmu ni...aku tersentak dengan kata2 mudir sekolah tu, agama ni merupakan 1 corak kehidupan yang indah berwarna-warni..mereka yang ada al-Quran dalam diri,akan hidup dengan dunia dia sendiri, sama ada penghafaz menjadi pendakwah kepada orang sekeliling atau dia akan hidup dengan dunia dia sendiri..tambah mudir tu lagi, sistem pembelajaran hari ni jelas memisahkan agama dengan dunia, dunia dengan akhirat..nauzubillah..pesanan beliau, sekurang2nya hafal surah2 lazim..inshaALLAH..semoga kita dapat usahakan dan mengamalkannya...amiin

Kolej Angsana, UiTM Kampus Puncak Alam (31.12.2013)
Aku telahpun selesai menjawab subjek pertama untuk peperiksaan akhir semester ni petang tadi..alhamdullillah..masih berbaki lagi 4 subjek pada 3,8,12,16 Januari 2014..inshaALLAH...doakanlah kejayaan bersama..amiin..
Berlabuhnya tirai masihi 2013 ini, berlabuhlah kenangan2 lalu mengekori masa..apa yang dicoretkan ini, pengalaman yang boleh dikatakan kecil kisahnya, tapi besar impaknya...jika memahami dengan akal yang risau tentang agama ALLAH yang mulia ni,pasti akan ada perubahan sedikit demi sedikit dalam diri...ya ALLAH..jika KAU mentakdirkan aku mati..matikanlah aku dalam keadaan Islam dan berIman...amiin...

1 Januari 2014 / 29 Safar 1435H