Monday 31 December 2012

Doa Ku Pada MU ya ALLAH~

Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku, dosa2 kedua ibubapaku, ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat2ku serta Muslimin dan Muslimat yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Ya Allah, aku mohon pertolongan atas setiap apa yang aku lakukan dan laksanakan. Kau wujudkanlah keikhlasan dalam hati setiap perbuatan. Mohon berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang mungkin tidak terdaya aku tanggung melainkan dengan kurniaMu ya Allah..

Sesungguhnya apa yang dipelajari haruslah berniat kerana Engkau ya Allah, barulah peroleh pahala dan mudah untuk memahami setiap apa yang dipelajari dan mudah untuk mengingatnya.

Janganlah Engkau serahkan segala urusan dunia atas bahu aku sendiri walau sesaat atau masa yang lebih singkat dari itu.

Engkau lindungilah hati dan fizikal hambaMu daripada mencintai dunia semata-mata, sesungguhnya ketaqwaanlah yang dipohon untuk disematkan dalam jiwa hambaMu yang kosong ini.

Ya Allah, Engkau hiasilah tubuh badan ini dengan perisai keimanan supaya tidak mudah untuk melupaiMu walau seketika. Tenangkanlah hati ini dalam mengerjakan amalMu dan tugasan yang telah diamanahkan.

Jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah aku dalam Iman dan Islam supaya tidak berada dalam kekufuran. Aku bermohon pada Kau ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh, taat akan perintah ibubapa serta peliharalah aku dan ahli keluarga dari siksa kubur, padang mahsyar dan api nerakaMu yang tidak terperi sakitnya..

amiin..amiin...amiin ya Rabbal Alamiin.......


(Doa dikarang ketika hati benar2 merasai kekurangan pada diri ini, ditampal dalam blog ini untuk amalan sepanjang zaman selagi belum qiamat..insyaALLAH..semoga manfaat)

Tuesday 3 July 2012

Memori Yang Tidak Mudah Terpadam..

Sebelum memulakan coretan kali ini, suka aku nak catit sikit keadaan terkini yang aku lalui..setelah tamat pengajian bulan mac lepas, aku ambil peluang berehat di rumah untuk satu tempoh yang sekejap saja, 18 april aku terus masuk kerja dalam gudang di Johor Port sebagai surveyor, menjalankan 'inspection' koko import dan export..hari kedua bekerja masa tu seolah2 macam tak boleh terima bau koko tu, aku muntah lepas makan tengah hari, tapi lepas dah lalui hari2 yang berbau koko mentah, jadi aku pun dah lali, bernafas pun dah tak dapat beza udara segar dengan bau koko..=)..dan dalam masa yang sama, dapatlah aku kenalan2 baru yang agak berusia dari aku, dan cara pemikiran mereka pun berbeza dari pemikiran orang2 yang berpeluang menyambung pelajaran diperingkat lebih tinggi, tapi ada jugak yang lepasan diploma, tapi apa yang aku nak garapkan disini, apa yang mereka lalui dan pelajari tak dapat memberi manfaat untuk masa depan mereka sendiri kerana mereka tak menggunakan kelayakan tersebut untuk bekerja dan hanya memikirkan bagaimana nak peroleh duit atau gaji yang banyak, tanpa mengira perintah dan larangan ALLAH, sebagai bukti paling mudah depan mata, 5 waktu yang menjadi tiang utama tak dilaksanakan, apatah lagi Jumaat yang 3 kali ditinggalkan akan menyebabkan hati gelap, berlanjutanlah sehingga meninggalkan puasa Ramadhan yang lepas2 setelah bertahun2.
Dan, aku sebagai insan yang lemah, mencari ruang dan peluang untuk menukar tempat kerja, dan alhamdullillah aku telah layak dan lulus dalam temuduga di satu syarikat 'consultancy', dan telah memulakan kerja di situ tanpa berhenti dari tempat kerja lama, tapi dalam hati aku pada masa tu, tak terniat nak tukar kerja terus sebab agak jauh dari rumah dan niat aku hanyalah ingin menimba ilmu dan pengalaman...dalam tempoh 5 hari bekerja di tempat baru, aku diberi 'training' dan macam2 bentuk motivasi yang tak pernah ada diluar sana setakat ni..pendekatan yang syarikat ni berikan sangat2 menguji kredibiliti aku sebagai manusia yang masih belajar...dan aku dapat apa yang aku niatkan tadi iaitu untuk menimba ilmu dan pengalaman..dan...perkara yang paling menerujakan aku dalam tempoh 5 hari tu adalah hari kedua 'training' aku bersama rakan2 sekerja baru yang lain, kitorang diminta untuk berjalan memijak serpihan botol2 kaca yang pecah berderai dengan jarak perjalanan sepanjang 160cm, dan pelatih kami mengingatkan supaya yakinkan diri dan jika terpijak bahagian kaca yang paling tajam, jangan alihkan kaki, tapi teruskan perjalanan dan jika ada kekuatan atau keberanian yang lebih, boleh hentakkan kaki sekuat2nya atas kaca tersebut, dan itulah yang pelatih kami tunjukkan..dan aku paling kagum apabila kaki dia tidak ada kesan luka atau berdarah tetapi kaca tu yang berderai..tanpa berlengah, akulah orang kedua yang berjalan atas serpihan kaca tersebut, dan alhamdullillah....tiada kecederaan yang berlaku dan dalam masa yang sama, pelbagai soalan bermain diminda berkaitan bagaimana, kenapa tiada kecedaraan???..dan jawapannya ada dalam diri sendiri iaitu keyakinan terhadapNya dan kelebihan berfikiran positif..;)..dan macam2 lagi bentuk motivasi yang aku belajar dalam tempoh 5 hari..betullah kata orang, jika DIA ingin memberikan tunjuk ajar pada hambaNya, tidak kira masa dan tempat.=)..alhamdullillah..
Tetapi, aku tak dapat bertahan untuk bekerja disitu kerana keletihan apabila sampai dirumah, dan aku kembali kepada rutin harian, bekerja di dalam gudang dan selepas tu aku diminta untuk menukar tempat bertugas dan di gudang inilah lagi mengejutkan aku apabila ketika kaum Adam yang lain pergi menunaikan solat Jumaat, diorang sanggup tutup tirai gudang, untuk 'open table' daripada modal RM10 sehingga kerugian mencecah RM200, dan paling sedihnya, mereka mempengaruhi rakan-rakan sekerja yang lain untuk berjinak membeli nombor ramalan, haha dan secara tak langsung aku pun terbelajar cara2 diorang ni mengolah nombor-nombor tersebut..tapi jauh sekali untuk aku mencuba, na'uzubillah..setakat itu sahaja sudah cukup memberatkan tanggungan mata memandang yang tak mampu menegur atau menghalang..dan salah seorang pekerja di gudang tu, seorang perempuan yang baru berkahwin dan duduk sama2 se'table' dan belajar cara2 ber'gamble' kata orang putihnya.bertambah2la kesedihan dalam diri aku dan terus aku terfikir macam mana situasi adik2, kawan2 dan mungkin isteri aku bila bekerja nanti..masyaALLAH..bukan itu saja, pengaruh lain seperti minuman air kencing 'devil' yang mengalir dalam tubuh mereka membuatkan mereka merasakan "untuk apa aku beribadat, sedangkan darah yang mengalir belum bersih lagi", dan jauh sekali mereka nak memikirkan tentang taubat..subhanallah~..dan macam2 lagi virus2 sosial yang berleluasa sekitar aku..sangat2 lemah untuk aku berdepan terus menerus dengan situasi macam ni....
Dan sampailah satu ketika, sepulangnya aku dari mengambil mama aku dari tempat belajar dia, aku telah mengalami kemalangan jalan raya, dan alhamdullillah tidak melibatkan orang awam yang lain tetapi agak terkesan dalam diri aku bila melibatkan mama aku sekali dan kecedaraan beliau teruk sedikit berbanding aku...dan tersentaklah dalam diri aku, apa petunjuk yang sampai pada aku dan mama pada tika dan saat ini???...dan diberikan cuti sakit selama seminggu dan dua minggu, dan aku ambil peluang untuk menambah cuti sehingga dua minggu..sambil2 tu aku berfikir sehari2an, kenapa3??...dan salah satu jawapannya, mungkin ALLAH nak aku tidak melihat kemungkaran berleluasa depan mata aku dan sebagainya..dan inilah ruang dan peluang aku belajar bersyukur, menimba ilmu dan menambah pengalaman macam mana hidup dengan kekurangan salah satu daripada nikmatNya..;)..dengan tangan yang berbalut, kaki yang sakit, nak berwudhuk, bersolat, bermandi, bermakan dan macam2 lagilah.=)..dan dalam masa yang sama, aku diberi masa rehat yang panjang untuk muhasabah diri dan mencari rakan2 lain yang sentiasa mengingatkan aku pada ALLAH..=)..alhamdullillah...tetapi, tarbiyyahNya sentiasa berlegar2 sekitar kehidupan ini, melangkah saja aku ke satu tempat lain, dan berkenalan dengan insan2 lain, bertambah2 lagilah ujian dan dugaanNya yang tak sanggup aku nyatakan..na'uzubillah....teperanjat dibuatnya..dan sesudah cuti tamat, aku kembali kepada rutin yang sama, bekerja di tempat yang sama, persekitaran yang sama dan bebanan mata memandang yang sama, tetapi, ALLAH itu Maha Adil dan Mengasihi hambaNya, rupa2nya ada pertambahan pekerja2 baru, dan beberapa orang daripada mereka ada kesedaran untuk mengangkat takbir bersama2...dan salah seorang daripadanya, mengalami kemalangan jalan raya 5 bulan yang lepas dan sepanjang tempoh pemulihan dia sering tersedar pada waktu azan subuh, tapi sukar untuk pergi berwudhuk kerana kaki patah, dan alhamdullillah sekarang dia akan berusaha untuk mencukupkan 5 waktu yang wajib sekurang2nya walaupun menempang dalam berjalan..;)..ALLAHUAKBAR...pengajaranNya dari macam2 cara dan petunjuk..=)..alhamdullillah...
Dan.....sama2lah kita mendoakan semoga ALLAH melindungi kita sekeluarga daripada pengaruh Syaitan dan Iblis, dan sentiasa dalam petunjuk rahmatNya dan akhir kalam sempat mengucapkan kalimah syahadah. dan bagi mereka2 yang tersilap langkah dapat kembali pada jalanNya..insyaALLAH.=)
*Rasanya, cukup setakat ini sahaja coretan kali ini yang mengambil masa seminggu untuk menyiapkan kerana menanti2 pengajaran2 yang DIA ingin tunjukkan dan dikongsikan..=D..
(dalam proses merangka yang lebih menarik)..insyaALLAH..=)

Thursday 19 January 2012

"Kehidupan Sementara Ini Seperti Roda"

Assalamualaikum W.B.T

Setelah berkurun,berdekad,berabad tak menyentuh blogspot ini, tiba-tiba hati kecil ini terusik untuk menjenguk dan menukilkan beberapa kisah,pengalaman,kenangan yang boleh dijadikan pedoman,tauladan,peringatan,pengajaran dan sebagainya..ok,kembali pada tajuk di atas, kenapa aku ungkapkan "Kehidupan Sementara Ini Seperti Roda"??...sebabnya, hakikat kehidupan ini memang berkait rapat dengan semua perkara,benda,objek yang berada disetiap pelusuk bumi ini..dan roda bersifat bulat, dan kita tidak dapat tahu atau mengenal pasti mana satu permulaannya dan pengakhirannya, dimana atas dan mana bawahnya..

Berkonsepkan 'Roda' ini, dapatlah aku huraikan yang hidup ini tidak bermula dengan berada dibawah sahaja, adakalanya terus melonjak berada di atas dan mungkin tidak berubah sepenuhnya dek kerana roda yang tidak berputar dan juga sebaliknya..dapat dikaitkan juga dengan pengalaman belajar yang aku lalui dan sedang harungi ini..coretkan serba sedikit dari bermulanya tapak pertama :

Tadika :

Ini adalah permulaan kepada sebuah kehidupan formaliti yang pasti akan ditempuh oleh semua kanak-kanak di Malaysia melalui sistem pendidikan yang dianjurkan, namun, peluang aku bertapak di tadika ini hanyalah sebentar sahaja kerana masalah kewangan keluarga yang agak ketara dan menghabiskan usia 5 tahun aku di rumah bersama mama, adik dan arwah mak tok aku, disitulah proses pembelajaran aku adalah secara informal kerana aku belajar tentang kehidupan, bukannya berdasarkan buku-buku rujukan atau ilmiah dari cikgu-cikgu..namun, pada usia 6 tahun, mama aku telah berusaha untuk memasukkan aku ke pusat tuisyen Bahasa Inggeris dan Matematik, dari situlah baru aku melalui fasa normal iaitu menuntut ilmu secara berguru di pusat tuisyen..alhamdullillah..macam-macamlah pengalaman dan pengajaran dari situ, pencapaian akademik agak biasa-biasa sahaja..Itu yang aku cakapkan tadi,bukan bermula dari bawah,mungkin dari tengah-tengah atau biasa-biasa..

Bermulanya tapak kedua :
Sekolah Rendah :

Inilah laluan yang amat ketara hebatnya dugaan dan cabaran membentuk diri dan kematangan diri..macam-macamlah pengalaman aku dapat, bermulanya sekolah pertama aku di sekolah jenis kebangsaan cina..pengalaman yang aku dapat disitu adalah dipulaukan pelajar-pelajar cina..dan pengakhiran kepada pemulauan ini masih aku ingat sampai sekarang..aku dikeliling pelajar-pelajar cina di dewan besar sekolah tersebut waktu rehat dan berlakulah pergaduhan antara aku dengan mereka, sejurus lepas tu, guru besar sampai, kaki aku disebat beberapa kali dan dituduh memulakan pergaduhan..ya, dari situlah bermulanya sebuah kehidupan!!..seawal usia darjah satu!!..

Ekoran dari kesalahan tu, aku dipindahkan oleh ayah aku ke sekolah kebangsaan biasa, dari situlah bermulanya kehidupan aku sebagai murid sekolah kebangsaan yang komunitinya majoriti Melayu..suka aku nak kongsikan, keputusan periksa aku disekolah ini agak baik berbanding di sekolah cina dulu..alhamdullillah..roda berputar meletakkan aku diatas..setahun lepas tu, aku berpindah ke sekolah lain kerana mengikut keluarga berpindah..dengan berbekalkan keputusan periksa dari sekolah lama, 'ranking' aku jatuh, dari no 2 dalam kelas, jadi no 5, berlaku putaran roda yang pantas,sedetik berada diatas, sudah berada dibawah balik..dan paling tak dapat aku lupakan dianak tirikan oleh cikgu kelas sendiri seolah-olah aku ni teruk dalam pelajaran dan cuba melawan cikgu kerana tak berjaya menyiapkan kerja matematik yang beliau berikan...mana taknya, aku masuk sekolah tu lewat 5 bulan, tapi kena siapkan semua latihan matematik dari awal tahun punya, LOGIK???...tapi, kesan daripada ketegasan beliau, aku cemerlang dalam matematik pada tahun tersebut dan tahun depannya sehingga melayakkan aku untuk menduduki Peperiksaan Tahap Satu (PTS) iaitu sistem khas untuk murid darjah 3 lompat terus ke darjah 5..sekali lagi suka aku ungkapkan, hidup seperti roda, nasib tidak selalu sama, aku tak berjaya untuk subjek sains pada masa tu, menyebabkan aku tidak layak untuk melompat ke darjah 5..hikmahnya sangat besar..terima kasih Allah=)..

Berikutan kegagalan aku dalam PTS tersebut, melangkah lah aku ke darjah 4 seperti murid-murid biasa, tapi apa yang luar biasa dalam kisah aku ni, dek kerana kelayakkan aku menduduki PTS dan keputusan periksa akhir tahun, melonjakkan aku naik dari kelas ketiga ke kelas pertama!!!.....alhamdullillah...tak ku sangka..inilah hikmahnya..keupayaan yang dikurniaNya, melayakkan aku untuk berada dalam kalangan murid-murid cemerlang walaupun aku biasa-biasa saja..dan sistem sekolah rendah mengklasifikasikan kasta-kasta kemampuan murid-murid mengikut kelas berdasrkan keputusan periksa akhir tahun, alhamdullilah, aku berjaya bertahan sehingga darjah 6 untuk berada dalam kelas pertama walaupun ada antara kawan-kawan aku yang dah diturunkan ke kelas kedua dan ketiga..tapi, tak bermakna aku adalah pelajar cemerlang..sejujurnya, aku lah paling teruk untuk subjek sains...sangat-sangat lemah sehingga kan cikgu yang mengajar pun dah putus asa..tapi, dengan berkat usaha, selangkah ke pintu kelas untuk UPSR, keyakinan untuk menduduki kertas periksa sains pada ketika tu sangat-sangat bersemangat..alhamdullillah..aku dapat menjawab dengan baik dan peroleh 'A' untuk subjek tersebut..

Sekolah Menengah :

Dengan berbekalkan keputusan UPSR aku yang agak cemerlang dimata keluarga dan cikgu sekolah, melangkahlah aku ke alam menengah seperti murid-murid lepasan UPSR yang lain walau seteruk manapun keputusannya..terima kasih cikgu-cikgu dan mama ayah yang sentiasa menyokong insan lemah ni..langkah pertama aku adalah disekolah harian biasa, tapi aliran agama iaitu subjek tambahan Bahasa Arab..kelayakan aku untuk masuk ke kelas aliran tersebut kerana aku lulus dengan jayanya subjek Pendidikan Islam masa di sekolah rendah..namun,untuk melayakkan diri masuk ke sekolah berasrama beraliran agama,belum cukup kukuh dengan keputusan UPSR dan Pendidikan Islam tersebut..dengan izin Allah atas usaha ayah aku, layaklah aku ditempat disekolah berasrama beraliran agama dengan kemasukkan untuk pengambilan kedua sekolah tersebut..disini, wujudlah kasta kecemerlangan antara pelajar panggilan pertama dan kedua...perbezaan yang jelas sehinggakan cikgu-cikgu sekolah meng'agung2kan pelajar2 yang 'top scorer' dan terlepas pandanglah aku yang lemah ni..sehinggalah aku mengambil PMR disekolah tersebut dan mendapat keputusan yang agak memuaskan situasi, tapi bukan untuk diri ini, namun untuk grade purata sekolah agak memberangsangkan. Dengan keputusan PMR inilah penentu sama ada ingin meneruskan pengajian dalam sekolah yang sama lagi atau memohon untuk masuk ke sekolah-sekolah lain yang berkelayakan. Suka aku nak kenangkan, dek kerana kemampuan keluarga untuk menghantar ke sekolah lain tak mencukupi, aku teruskan perjalanan hidup dalam sekolah yang sama dengan mengambil aliran teknikal dan mengambil 12 subjek untuk SPM. Saat dan ketika itu, bebanan subjek amatlah ketara lebih-lebih lagi melibatkan 'chemistry'. Sehinggakan aku gagal setiap peperiksaan dan ujian yang diambil dan menyebabkan aku selalu ponteng kelas 'chemistry' ni dan cikgu pun hampir tak peduli dengan sikap aku, bahasa mudahnya 'lantak kau lah'..aku akui pada masa tu tersangatlah teruk dan tak mampu untuk bawa subjek ni. Namun, aku gagahkan juga ke medan tempur tanpa sebarang ilmu kimia yang lengkap dan padat..dan akhirnya bila terpampang dalam slip keputusan SPM, itulah yang dikatakan "what u give, u get back"..aku tak mampu mencapai kredit untuk subjek tersebut, tapi aku langsung tak bersedih kerana kerasnya hati aku mengatakan dah memang aku tak belajar bersungguh2 untuk skor subjek tersebut..mama ayah aku hanya menerima sahaja sebarang keputusan peperiksaan yang aku peroleh, dan walau terselit rasa serba salah dalam hati, aku tak mengucapkan sebarang kata maaf pun atas keputusan SPM yang agak teruk hakikatnya. TAPI, aku bertekad walau apa pun keputusan periksa aku, aku akan melanjutkan pelajaran diperingkat pengajian tinggi kerana dalam diri aku kuat mengatakan aku suka suasana sebagai pelajar, tapi aku malas belajar. Setelah aku lalui alam pekerjaan yang sementara sebelum melangkahkan kaki ke dalam Institut Pengajian Tinggi, aku merasakan kehidupan sebagai pekerja amatlah membosankan kerana, pergi kerja, balik kerja, tidur..langsung tiada masa untuk aku bersama kawan2..alhamdullillah, dengan keputusan SPM inilah, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM dalam masa yang sama aku telah mengikuti ujian dan temuduga untuk kursus di Politeknik, ya, aku berjaya meluluskan diri dalam ujian tersebut, namun aku gagal perolehnya kerana aku telah menerima tawaran UiTM..kisah aku tak terhenti disitu sahaja...

Institut Pengajian Tinggi :

Tanggal 26 Jun 2009, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar baru mendaftar di alam kampus dan mengikuti minggu orientasi. Dalam keterpaksaan aku melangkah kaki ke dalam kampus kecil yang bagi aku tak serupa alam universiti yang diidam2kan seperti jauh dari rumah, besar, dan sebagainya. Di sini aku memulakan niat baru dimana aku akan memastikan 'grade on time' dalam masa 3 tahun dan tidak terikat dengan mana2 perempuan untuk menjalinkan sebarang hubungan 'couple' istilah kontemporarinya..Bukan aku berlagak bagus tak nak ikut rentak masakini, tapi aku cuba untuk berubah dan mengelak daripada terjerumus ke daerah2 yang kelam yang tak sanggup untuk aku hadapi, dan bagi aku mungkin dengan hubungan ini melekakan aku untuk belajar dan beribadat kepadaNya.. dan suka aku nak cakap, siapa yang bakal aku sunting nanti adalah sebagai penyeri rumahtangga bukan tanpa hala tuju untuk berseronok2 saja.sekian harap maklum =)..

Bersambung lagi..kehidupan disini yang membuatkan aku berasa redha setelah memasukinya dan lalui pelbagai dugaan dan cabaran..tak perlu aku huraikan semua kerana tajuk asal aku adalah kehidupan sementara ini seperti roda...ini yang seronok apabila baru aku sedar salah satu subjek dalam kursus yang aku ambil sekarang terdapat subjek yang sangat aku lemah dan boleh dikatakan gagal untuk memahaminya sehingga hari ini iaitu 'account'. Kenapa aku cakap macam ni, sebab aku pernah gagal dalam ujian ketika tingkatan 2..dan terbukti aku memang lemah dalam kunci kira2 dan sebagainya..namun apabila peperiksaan akhir semester 1 berlangsung dan selesai sudah, keputusan pun diumumkan dalam laman student portal, alhamdullillah, pointer aku sangat memberangsangkan walaupun tidak mendapat sebarang anugerah dan jelas disitu, subjek2 lainlah yang membantu menyelamatkan pointer aku..dan seterusnya begitu semester 2 dan kemuncak kejayaan aku semasa di semester 3 dimana aku berjaya peroleh anugerah dekan, alhamdullillah walaupun pointer hanyalah melepasi paras sahaja..tapi, inilah kejayaan yang paling aku tak sangka2 sehinggakan menitis air mata aku ketika dikilang apabila mendapat tahu keputusan periksa daripada kawan aku dan pada masa yang sama, aku juga lulus dalam ujian kenaikkan bengkung silat..memang tak dinafikan saat Allah memberikan kegembiraan dalam kejayaan, adakalanya aku terlepas pandang pada amalan2 aku yang seterusnya adakah masih sama nilainya dengan keadaan aku semasa di semester 3 sehinggakan Allah membalasnya dengan kejayaan yang mampu membuat diri sendiri dan orang sekeliling turut tersenyum kegembiraan.=)..Aku terlupa,terleka,teralpa,terlalai dan sebagainya dalam menunaikan hak Allah..semester 4 bermulalah kejatuhan aku dalam akademik dan aku tak belajar dari kesilapan, aku telah mengulanginya di semester 5, namun hakikatnya, kesilapan sebenar adalah semasa peperiksaan akhir, sedangkan markah bawakkan aku telah melepasi sasaran untuk lulus dengan cemerlang..tapi, Allah  Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hambaNya. Aku telah gagal dengan jayanya untuk 1 subjek, dan dengan kegagalan ini telah membuatkan aku terduduk dalam suatu masa yang agak lama sehingga suatu masa aku tak larat untuk berdiri dengan teguh walau dengan kedua belah kaki sehingga pada suatu masa, ketika aku menunggang motosikal sambil membonceng mama aku di belakang, motosikal seakan-akan tidak terkawal..sangat2 terkesan ujian yang Kau kurniakan ya Allah..namun dengan kegagalan inilah mengajar aku erti kebangkitan dan kejayaan sebenar..sedangkan hanya beberapa langkah saja lagi aku bakal menamatkan pengajian diperingkat diploma ini..dan ini menjadi sumber motivasi untuk dikongsikan kepada semua orang dan juga pengalaman dan pengajaran yang amat berharga dan bernilai..dan sekarang aku sedang berusaha menghabiskan sisa-sisa kehidupan mahasiswa yang terindah dalam hidup aku dan tak kan sekelumit pengalaman pun akan aku biarkan terbuang begitu saja..pada masa yang sama, kenalan2 sekeliling sangat-sangat memberi sokongan atas apa yang aku lalui dan mereka tidak pernah menutup telinga untuk mendengar luahan rasa hati aku...terima kasih Allah kerana kurniakan kawan-kawan yang membantu dan Kau memberikan kekuatan dalam hati ini dan meningkatkan keyakinan terhadap janji-janjiMu..wallahu'alam....