Sunday 2 March 2014

"Allah mengajar kita setiap masa"
  • Alhamdullillah...berlanjutan dari kisah sebelum ni, aku diberi peluang meneruskan coretan yang serba ringkas mengenai asas didikan agama...
  • Aku dihantar ke rumah seorang guru mengaji berdekatan rumah Allahyarhamah Mak Tok aku, Hajah Arwiyah ketika  usia 5 tahun lagi, bermula dengan Muqaddam untuk mengenali huruf2 hijjaiyyah...Alif sehingga Yaa...salah baca, Allahyarham Haji Latif akan ketuk tangan aku dengan 'pak kaduk' yang digunakan sebagai penunjuk huruf2...alhamdullillah..sangat2 berkesan pembelajaran usia muda..(",)
  • Seumur hidup aku sehingga hari ini, masih belum sekalipun aku berjaya menamatkan khatam Al-Quran secara berguru...namun..itu tidak menjadi penyesalan dalam diri ni, kerana, rata-rata mereka yang berjaya khatam di peringkat usia yang sangat muda (7 - 12 tahun) hanya khatam bacaan....apa yang Islam anjurkan ialaf, khatam maksud dan amalankan setia butir suruhan dan larangan dalam Al-Quran
  • Ketika di sekolah juga, konsep berasrama diwujudkan sistem mengaji Al-Quran bersama ustaz - ustaz yang ditanggungjawabkan untuk mengajar kelompok2 pelajar baru tingkatan 1..tapi..dapat bertahan seketika sahaja program tersebut kerana ustaz-ustaz ada komitmen lain..(sekurang2nya aku sempat belajar mengaji lagi)
  • Aku dapat belajar hukum tajwid semula di sekolah menengah..lebih mendalam dalam subjek Al-Quran & As-Sunnah...bukan sahaja Al-Quran yang dipelajari, jenis2 Hadith turut diberi pendedahan...
  • Aku sempat mengikuti satu kelas Tauhid..ilmu Tauhid ni merupakan ilmu tertinggi dalam Islam...iaitu ilmu mengenal ALLAH..barulah lain2 amalan diterima...inshaALLAH..ekoran dari kegiatan ilmu Tauhid yang aktif disekolah menengah, aku berkongsi sedikit pengalaman dimana, sekolah dan murid2 tertentu menjadi sasaran makhluk halus (petanda ALLAH menguji tahap Iman dan ilmu hambaNya)
  • Pengajian secara tidak langsung di dalam kelas apabila guru2,ustaz,ustazah memberi teguran dan berkongsi ilmu yang memang aku tidak tahu...(aurat, puasa, solat, fiqah dan lain2)..dan sesi soal jawab agama dimana2 sahaja di dalam kawasan sekolah..sama ada bertanya kepada para guru, atau para senior..=)
  • Paling ketara ialah ilmu solat Jama' dan Qasar..sepanjang dalam kelas aku sering leka dan berkhayal..mungkin kerana ustazah terlalu lembut dan baik hati...ish3...sehinggalah aku tingkatan 5, aku bermusafir untuk mengikuti 1 program mewakili sekolah, aku telah meng'Qasar'kan maghrib yang 3 rakaat menjadi 2 rakaat...astaghfirullah..jahilnya aku walaupun berada disekolah 'agama'....nasiblah baik aku bersolat bersendirian..(seingat aku,aku sangat2 terlupa kerana jarang bermusafir)...
  • Dan..paling ketara ialah wujud rasa bersalah apabila meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran dan alasan, sehinggalah pada 1 masa aku dan seorang kawan terlewat dan tertinggal bas, hujan lebat diredah, parit mengalir air deras diseberangi untuk menuju ke masjid, dan aku hanya dapat bersolat Jumaat dua rakaat tanpa khutbah bersama seorang rakan dalam keadaan basah...alhamdullillah..(sampai macam tu Allah letakkan rasa 'sayangkan' solatNya)
Alhamdullillah..sekian untuk pengisian kali ini..inilah apa yang aku belajar dan lalui secara tak langsung menjadi ilmu buat diri ini...

2 Mac 2014H / 30 Rabiulakhir 1435H