Tuesday 1 January 2013

"Selamat Tahun Baru Masihi 2013"

"Tahun Baru, Matlamat Baru, Hidup Baru"
(Tapi Allah meminta kita supaya hari2 berazam dan berubah bukan mengikut waktu2 tertentu)

Hari ini, 1 Januari 2013, bermulalah tahun baru masihi dan tanpa disedari kenangan 2012 tinggal menjadi sejarah semalam yang tak mungkin dapat diulangi atau dikembalikan.  2012, ya 2012 tahun yang penuh cabaran, dugaan, diselangi kegembiraan dan kebahagiaan.

Aku mulakan dengan permulaan 2012 dimana aku adalah pelajar semester akhir diploma yang akan melangkah pergi meninggalkan kampus dan menjalani kehidupan sebagai insan biasa.  Dengan rezeki kurniaanNya, aku berjaya menginjakkan kaki ke alam kampus semula untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

Pada bulan 3 Disember 2012 ini jugalah aku menggenggam segulung sijil diploma yang diusahakan selama 3 tahun. Jika dinilaikan dengan wang, pinjaman PTPTN lah menjadi saksi harga sijil ni.  Tetapi nilainya tidak dapat dikira dengan wang ringgit kerana pengorbanan, usaha dan cabaran selama 3 tahun itulah nilai sebenar segulung sijil diploma yang diperolehi.

Berbalik pada azam aku 3 tahun sepanjang berada dalam alam diploma telah aku usahakan hingga dicapai dan sekarang aku 'rebrand' azam apabila menginjakkan kaki diperingkat ijazah.  Niat utama aku apabila menerima tawaran sambung belajar dan berhijrah ke tempat baru adalah untuk menuntut ilmu seberapa banyak yang ada untuk penuhkan kamus hidup.  Bukan sahaja bidang yang diceburi, tapi aspek pembangunan kendiri dan insaniah yang aku usahakan.  Bersangkutan dengan erti nama aku sendiri 'Sinaran Agama', jadi aku berusaha ke arah membawa sinarannya kemana sahaja aku pergi.

Suka aku kongsikan, kemana sahaja aku pergi, aku tanamkan dalam diri untuk bertemu dan berkenalan dengan insan yang baik2 dan mendekatkan aku padaNya. Alhamdullillah, doa aku termakbul, kawan2 aku bukan sahaja dalam kalangan budak rumah, kolej, kelas, fakulti tetapi  satu kampus yang dari pelbagai peringkat dan bidang.  Dari sinilah bermulanya pertukaran ilmu dan pertambahan ilmu.

TETAPI.............

Sebagai insan biasa, aku tak terlepas dari ujian hati dalam usaha aku pertahankan diri, wujud satu rasa ingin memiliki insan lain dalam diri sehingga terleka dalam arus yang aku redahi, matlamat utama untuk belajar bersungguh2 tersasar untuk seketika, tapi Allah Maha Bijaksana mengatur kehidupan hambaNya. Dia memberi ilham pada aku untuk bertemu dengan kenalan aku yang merupakan bekas bendahari kampus di kampus lama ketika diploma. Man to man story, banyaklah kisah yang dikongsikan dan pengalaman yang diceritakan dari sekecil2 pembentukkan diri sehingga kehidupan berumahtangga.  Aku kongsikan sedikit pengalaman bertemu jodoh kenalan yang aku gelar Haji Z ni, beliau berpuasa dan solat hajat selama setahun barulah pergi merisik bakal isterinya, tapi yang membuktikan kekuasaanNya, tika beliau berdoa untuk memperoleh gadis tersebut, ibu kepada bakal isterinya itu pergi menunaikan haji turut mendoakan yang terbaik untuk anaknya, dan bakal isterinya bermimpi seorang lelaki yang berkopiah dan berjubah turun dari bas menuju ke rumahnya, dan apabila tiba hari yang dinanti2kan situasi dalam mimpi itu jelas depan mata seperti yang dipaparkan dalam mimpi, isterinya berdialog 'Awaklah orangnya yang muncul dalam mimpi saya'....alhamdullillah..itu bukti 'power of Du'a', 'Ad-dua silahulMukmin', 'Doa senjata orang Mukmin' dan..itulah jodoh daripada ALLAH..;)..

Ekoran daripada ujian hati tadi, aku mendapat solusi yang diberikan Haji Z supaya menjauhkan diri dari kaum Hawa, insyaAllah kita akan selamat dari fitnah. Fitnah dari bahasa arab disini bermaksud tarikan, ya tarikan dari kaum Hawa ni dari pelbagai sudut dan tak dapat dinafikan mana2 kaum Adam pun akan merasainya atau pernah merasainya.  Alhamdullillah, masalah hati ini dapat ditangani dengan menghadiri majlis2 ilmu, usrah, kuliah, program, aktiviti2.

Dari pelbagai aktiviti2 yang bermanfaat inilah bermulalah ukhuwah yang dinyatakan dalam hadis qudsi firmanNya yang bermaksud "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)" wujud dalam kehidupan.  Apabila lidah ni tersilap berbicara, terus ditegur sebagai peringatan, subhanallah...Allah menyayangi hambaNya~..

Kembali pada matlamat utama tadi, mendapatkan segulung ijazah menjadi tujuan kedua dan selainnya kerana yang pertama aku ingin berhijrah dan berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kenalan2 baru yang sama2 berjuang dijalanNya.  Dan sering juga diingatkan dalam diri bahawa belajar kerana Allah barulah dapat pahala, kalau tak sia2 sahaja apa yang dipelajari selama hidup di atas dunia ni.

Seperti biasa, aku memang tak boleh duduk diam, ada saja masa yang diisi dengan aktiviti2 yang dianjurkan. Dan jawatankuasa yang dibuka, aku mencuba.=)..Matlamat aku tetap sama, perbaiki apa yang silap dalam kumpulan manusia atau organisasi yang aku sertai supaya sama2 mencapai Mardathillah (keredhaan Allah).  Aku tak mengambil jawatan kerohanian kerana ianya jadi satu label dalam pelaksanaan, bagi aku sebagai insan biasa pun layak melaksanakan tanggungjawab menegakkan syiar Islam dan tidak boleh menyerahkan tanggungjawab bulat2 pada orang yang berjawatan itu tadi.  Kita sendiri perlu berilmu dalam bab agama supaya tidak timbul kutukan dari non-Muslim yang Islam mundur. Tak kan selamanya hendak dilabel sebagai 'jahil'?..carilah ruang dan masa untuk perbaiki diri dan mendalami ilmu agama..

Sementelahan tu juga, aku berkongsi pengalaman dengan pelajar2 asasi mengenai 'future plan', 'decision making' kerana mereka ni bijaksana tahap dewa dalam kitab budha agaknya sampaikan ada yang skor 4 flat dan ada yang flat terus below 3 pointer dan golongan2 bijak pandai yang skor ni perlukan panduan dan yang flat perlukan dorongan dan motivasi dalam memilih laluan hidup supaya mereka tidak melakukan kesilapan.  Dan sempat juga aku berkongsi kisah2 'cinta monyet' yang perlu mereka lepaskan. Mereka masih muda, masih hijau untuk memikirkan soal 'cinta' sedangkan soal diri sendiri lebih penting. ;)..Aku yang lebih berusia dari mereka2 ni pun belum mampu memikirkan soal hati ni lagi..kejar cita2 baru kejar cinta...pesanan untuk diri aku dan adik2 sekalian..=)

Akhir sekali..sebelum aku melabuhkan tirai 2012, aku akan menduduki peperiksaan akhir semester bagi semester pertama di peringkat ijazah ini pada 5,6,7,8,10 Januari 2013 ini, mohon maaf atas segala salah silap. Jadual peperiksaan yang paling ketat yang pernah aku hadapi..insyaALLAH berkat doa2 semua dan usaha2 yang ada, kejayaan akan digapai...amiin..

(panjang umur,akan disambungkan pada coretan yang akan datang, setiap perkongsian semoga bermanfaat)




No comments:

Post a Comment