Thursday, February 3, 2011

"Jangan Putus dari Rahmat Allah"

"Bismillahirrahmanirahim"

Assalamualaikum....Bersyukur kehadrat Allah S.W.T...dengan kehendak dan kurniaannya, dapatlah aku tulis dalam blog ini lagi..Setakat ini, semester keempat telah berjalan selama sebulan. Ikutkan aku nak tulis semasa aku di semester kedua, tapi tak berkesempatan. Apa yang membuatkan aku telintas nak tulis kali ini ialah ingin berkongsi pandangan berkaitan lagu yang didendangkan penyanyi yang semakin terkenal di mata dunia iaitu Maher Zain yang bertajuk "InshaAllah".....aku juga tertarik dengan temuramah yang diadakan bersama beliau ketika beliau datang ke Malaysia untuk membuat persembahan dimana beliau ada berkata "Kita yang memilih untuk jadi baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik" (aku terjemahkan kata-kata beliau)..di sini aku selitkan lirik lagu inshaAllah dalam dua versi iaitu Malay & English :

 [Malay Version]


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

[chorus]

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…

[chorus]

[English Version]


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Aku bukan nak memberi komen tentang terjemahan yang bulat2 daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, tetapi aku lebih merujuk kepada unsur-unsur nasihat yang ingin disampaikan....memang tak dinafikan semua manusia di atas muka bumi ini pasti ada melakukan kesilapan serta melalui peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan dengan mudah...namun, jelas dalam bait-bait lagu di atas menyatakan bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya didalam apa jua keadaan serta situasi..so, sebagai seorang insan normal yang tidak diberi title seperti para 'Anbiya iaitu Ma'sum, kita memang takkan terlepas dari melakukan sebarang dosa, justeru itu Allah juga berfirman, Dia akan mengampumkan hambaNya yang meminta keampunan dari-Nya serta tidak akan membiarkan hambaNya sentiasa berada dalam kegelapan tanpa hala tuju dan panduan...Jelas juga Allah berfirman dalam Ummul Kitab AlFatihah iaitu "berilah aku petunjuk jalan yang lurus" yang memberi maksud bahawa sebagai hambaNya perlulah memohon pertolongan dariNya serta bergantung harap hanyalah padaNya...akhir kata, aku tak mampu menaip panjang, huraian semakin tidak menepati..aku stop sampai disini..jika diizinkan Allah, aku akan meneruskan coretan yang tak seberapa ini..wallahu'alam~


No comments:

Post a Comment