Tuesday 1 April 2014

"Ilmu Allah itu luas"

Aku gagahkan diri untuk menukilkan lagi perjalanan memperolehi ilmu Allah SWT....jika mati yang menjemputku, sekurang2nya, perkongsian ini dapat dijadikan manfaat bagi mereka yang masih hidup.

  • Tamat sahaja pengajian diperingkat sekolah menengah, aku telah terkeliru dengan haluan hidup aku, matlamat aku hanyalah kejayaan dunia dan kekayaan harta benda (demi membantu dan menggembirakan keluarga)
  • Tetapi, silapnya langkah aku pada ketika itu apabila aku bertekad untuk lari dari bidang agama untuk melanjutkan pengajian diperingkat IPT...sepanjang menunggu keputusan SPM diumumkan, seingat aku, tiada satu pun perkara manfaat yang aku berjaya laksanakan (seperti dalam matlamat) iaitu khatam al-Quran berguru dan beberapa perkara lain...
  • Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi hambaNya, ada sahaja peringatan yang diberikan dalam tempoh kelalaian aku..ada sekali aku terjatuh dari motor apabila pulang dari kerja, sedangkan tu motor jiran, ketika itu baru aku merasakan sukarnya untuk membuat ganti rugi akibat ketidakmampuan dari segi kewangan...barulah aku tersentak, ALLAH, siapa dapat membantu ketika itu?
  • Setelah beberapa bulan bekerja, akhirnya, aku ditawarkan untuk menduduki Diploma di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru yang serba kekurangan dari pelbagai aspek dan fasiliti..rungutan sentiasa tersisa dalam diri dan bisikan hati..TAPI....disinilah bermulanya "Ilmu ALLAH itu luas"..dan hanya ALLAH sahaja yang MAHA Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.......
  • Aku ringkaskan untuk coretan kali ni kerana terdapat tugas hakiki sebagai pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda....disinilah bermulanya perjalanan Pengembara Hati...3 TAHUN yang nilainya tiada dalam "Kunci Kira-Kira" atau "Imbangan Duga"...inshaALLAH..berkesempatan dalam tempoh terdekat, aku usahakan coretannya...sekian..

bersambung.......................................................

1 April 2014M / 1 Jamadilakhir 1435H