Sunday 2 February 2014


Asas Didikan Agama..

  • Aku mengenali huruf jawi ketika berusia dalam lingkungan 5 tahun,walaupun bukan dari keluarga yang penuh dengan ilmu tentang agama, tapi,mama akulah yang mengajar menghafal setiap bacaan dalam solat setiap kali sebelum tidur, aku masih ingat saat itu, sambil2 mama meng'iron' pakaian, disoalnya aku tentang bacaan2 tersebut..alhamdullillah..terima kasih ya ALLAH, KAU anugerahkan aku ibu yang sangat menitik beratkan asas kehidupan...
  • Setelah aku meningkat usia, aku mula melibatkan diri dengan pertandingan azan dan peroleh tempat dalam pertandingan anjuran peringkat sekolah..
  • Dalam kenakalan dan kedegilan meningkat dewasa, aku sentiasa diberikan kepercayaan sebagai anak sulung untuk menjaga keluarga dan adik2, sering aku ingat kata2 mama apabila menegur kesilapan aku (walaupun kadang2 sakit dipukul), mama akan mengeluarkan ayat "kalau ayah takde, abang lah ketua dalam rumah ni"
  • Subjek Pendidikan Islam sering menjadi subjek kegemaran dan di sekolah agama negeri, 'ranking' nombor peperiksaan aku tidak lari dari 1 - 3..alhamdullillah..betapa ALLAH melimpahkan cahaya dalam hati ini ketika menuntut ilmu semasa kecil..
  • Di sekolah rendah, guru2 pun percayakan aku, apabila amali bab solat, aku akan diarahkan kehadapan dan menjadi imam, sedangkan ramai yang lebih layak dijadikan contoh..
  • Dan, bertitik tolak dari semua perkara itu (sedangkan banyak kenakalan yang terlindung dengan mata kasar), aku diminta melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan agama..bertujuan, supaya menjadi contoh tauladan kepada keluarga, adik beradik, malah, saudara mara pada ketika itu..alhamdullillah, tawaran kemasukan ke sekolah tersebut diusahakan oleh ayah aku..
  • Lagi sekali, dek kerana ilmu yang kurang untuk mendidik, mereka berusaha menempatkan aku dalam kalangan orang berilmu dan sekolah yang bersistem kan 'agama' sebagai landasan seharian..
  • Alhamdullillah..disini aku belajar bangun subuh awal waktu dan solat secara berjemaah..sebelum azan subuh berkumandang, warden akan menggegarkan dorm pelajar dan bagi yang tak tahu nak bangun sendiri, libasan rotan akan dapat dirasa dikaki..fuhh..sangat2 bermanfaat tindakan warden tu..memang bingkas bangun para pelajar sekalian..
  • Bagi mereka yang lewat, akan dikunci pagar asrama, dan dibiarkan sehingga selesai jemaah solat subuh, warden naik dan mendapatkan nama2 pelajar..
  • Dan mereka2 yang lewat ni akan didenda khidmat bersihkan surau dan tandas surau..cukup mudah tunjuk ajarnya..kejut, bangun, berjemaah, lewat didenda..dan hukuman, berkhidmat (ikhlas dapat pahala), sekurang2nya surau dan tandas bersih untuk para pengguna..
  • Dalam suasana beragama ni juga, aku diwajibkan menghafal surah2 pilihan seperti yaasiin, al-mulk, as - sajjadah dan lain2 lagi..kegunaan surah2 ini amat2 bermakna, kerana sekurang2nya subuh Jumaat, mereka yang menjadi Imam, boleh mengamalkan sunnah Saidina Nabi Muhammad SAW dengan membaca surah as-sajjadah dan sujud sajadah ketika rakaat pertama..
  • Aku juga diajar mengamalkan al-mathurat iaitu zikir2 susunan Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna setiap pagi dan petang..diarahkan juga berqiamullail pada hujung minggu yang tidak cuti pulang ke rumah...
  • Selain daripada tu, dapat mengamalkan amalan para sahabat dalam surau..iaitu mesyuarat khidmat, bacaan ta'lim(kitab hadith), membaca al-quran, bayan(tazkirah) dan lain2 lagi..
  • Dalam masa yang sama, ada sistem usrah iaitu berkenalan, memahami, dan tolong menolong..ramai2 senior2 yang berilmu rajin mengongsikan pengalaman dan ilmu yang diperolehi.
  • Aku jelas tentang bab solat, ketika berada dalam kawasan pembelajaran ini..aku diajar oleh seorang warden tentang zikir menggunakan senggat2 pada jari tangan dan cukup 33 kali..alhamdullillah..
  • Ada 1 kali, aku dah terbuat salah, denda yang aku kena ialah menghafal doa keluar masuk masjid dan niat iktikaf..alhamdullillah..
  • Dalam suasana beragama ni jugalah perempuan dan lelaki diasingkan ketika 'prep' malam iaitu kelas malam untuk menyiapkan kerja sekolah..disini mendidik supaya menjaga batas pergaulan...pelajar perempuan juga diwajibkan memakai tudung labuh, sekaligus mata terpelihara daripada melihat yang haram..sesiapa sahaja didapati ber'couple' akan ditangkap dan dibicarakan bawah guru disiplin..begitu sekali usaha demi memelihara umat Saidina Muhammad SAW
  • Semasa dalam lingkungan usia ni juga, aku didedahkan dengan amalan2 puasa sunat isnin khamis, dan puasa2 sunat yang lain..sambil2 dapat mengamalkan solat2 sunat yang lain..lebih2 lagi sunat dhuha..apabila masuk waktu rehat, dapat menunaikan solat sunat dhuha..
  • Dan dalam bulan Ramadhan, banyak amalan2 tambahan yang dipelajari..alhamdullillah..
  • Coretan asas didikan agama ini masih berbaki beberapa perkara lagi, tapi cukup untuk perkongsian kali ini..dalam setiap didikan dan tunjuk ajar, alhamdullillah..dapat diamalkan sehingga kini..dan, sedarkah aku, banyak perkara yang telah aku lupakan dan tinggalkan, dan paling sedih, ketika semua ni bertamu, aku seakan2 ambil endah tak endah kerana terlalu sibuk dengan keseronokan berasrama..astaghfirullah..
  • Jika diberi kesempatan.akan aku sambung kisah ini..inshaALLAH
(fikirkan asas agama yang masih belum ada dalam diri sebagai seorang Muslim dan Mu'min)

2 Feb 2014M / 2 Rabiulakhir 1435H