Monday 2 November 2009

Malam Yang Dingin...

Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum,  hari ini hari Isnin bersamaan 2 November 2009 dan mengikut kalendar Islam, bersamaan 14 Zulkaedah 1430 Hijrah....  Alhamdullillah, aku masih dapat meneruskan amalan berpuasa sunat pada hari Isnin....  Apa pun amalan yg nak dilakukan mesti berlandaskan niat kerana Allah S.W.T..  Tapi, Allah telah berfirman, "segala amalan2 hambaKU akan dibawa naik kepadaKU oleh Malaikat pada setiap hari Isnin & Khamis"... Maka beruntunglah org2 yg ketika amalannya diangkat, dia berada dalam keadaan mensucikan diri dari melakukan sebarang dosa...  Tgh hari tadi, waktu solat Zohor, surau bahang mcm duduk dlm oven / microwave...makin kipas berputar bilahnya, makin terasa bahangnya..ketika para jemaah bersolat, hebat betul ujian yg diberi olehNYA..kepanasan yg bersifat sementara....  Tiba - tiba, tepat pukul 2 lebih lepas tu, hujan turun dgn lebatnya...  Sungguh indah rahmatNYA..  Rugilah org2 yg merungut kepanasan sebelum tu kerana Allah Maha Mengetahui apa yg akan berlaku selepas itu.... Segala2nya telah ditetapkan dlm sunnatullah....  Dan hujan terus membasahi ruangan Kampus UiTM Bandaraya ini sehingga waktu maghrib tadi....  Menyejukkan kembali persekitaran yg sedia panas dari tengah hari tadi...  Oleh itu, sama2lah kita mensyukuri nikmat yg dikurniakan serta terus beramal utk memperoleh rahmat serta keredhaan & keampunanNYA....  InsyaALLAH..... [ 9.00 mlm, esk ada paper CTU101] 

No comments:

Post a Comment